NABI MUHAMMAD S.A.W.
MAULUDIL RASUL
FIRMAN Allah terhadap Muhammad
s.a.w.: "Bukankah Allah dapati engkau
yatim, lalu Ia pelihara? Bukankah Ia
dapati engkau bingung, lalu Ia tunjuki?
Dan bukankah Ia dapati engkau miskin,
lalu Ia beri kecukupan?"
Bapanya, Abdullah bin Abdul Muttalib,
sudah meninggal dunia dua bulan
sebelum ia dilahirkan. Tetapi apa yang
telah dikurniakan Allah kepadanya di
dalam keadaan yatim itu, adalah lebih
dari ketiadaan yang disebabkan
pemergian bapanya itu. Iaitu
pemeliharaan ibunya, lalu neneknya dan
akhirnya pamannya. Dengan
pertumbuhan tubuh dan jiwa sangat
wajar, ia menjadi seorang anak yang
sangat indah. Mula-mula menjadi
pengembala kambing, meningkat
menjadi pedagang, menjadi terkenal di
tengah orang banyak kerana
tingkahlakunya yang indah menarik
setiap insan yang mengenalinya,
akhirnya kahwin mendapatkan seorang
jodoh yang amat ideal, lalu berpengaruh
dan berwibawa, menjadi penyantun anak
yatim dan orang-orang miskin.
Keyatimannya telah diganti Allah dengan
ilmu, pengalaman dan budipekerti. Allah
telah mendidiknya dengan pendidikan
yang amat baik, mempersiapkan dirinya
menjadi pembawa tugas kenabian,
kerasulan dan pengembang syariat,
sebagai penutup dan semua Nabi dan
Rasul. Bahkan ia dijadikan Allah menjadi
makhluk terbaik di tengah-tengah
makhluk Allah yang banyak.
Selengkapnya DOWNLOAD
Comments
Post a Comment